Bye luggage, hye Japan.


Assalamualaikum..
Throwback 29 Sept 2017. Senai International Airport, Johor Bahru.
Hari ku bermula sangat awal sebab aku kena sampai airport pukul 6 pagi since my boarding time will be on 0755am. Ramai yang hantar aku pagi tu. Tak boleh nak sebut satu2, tengok gambar bawah ni. 


 

They are all smiling! Berat sangat hati nak tinggalkan diorang. Sakitnya merindu. Dulu rindukan suami, sekarang rindukan famili. InsyaAllah ada hikmahnya semua ini. Kasih sayang buat keluargaku adalah sampai bila-bila. Sayang sampai hujung nyawa. Sayang yang tak terkira.

Tak putus-putus ayat ucapan tanda selamat tinggal-

"Jaga diri dekat tempat orang. Jaga diri. Jaga"

Kawan baik juga tidak ketinggalan hantar aku kat airport. Terima kasih sahabat. Gila tak sayang.

 


Thank you Nurul Diana Surdin. Jemput-jemput montel ni la breakfast aku pagi tu masuk dekat kapal terbang. Harum wangi panas dan rasa kasih sayang. Love you!!!

Seperti yang korang tengok screenshot bawah ni, aku ada 2 flight that day. Aku memang siap2 screenshot boarding pass ni since im not printing any hard copy of this. Senang sangat dan memudahkan kita. Since we always on our phone, so why not. Kapal pertama 825am bakal berlepas dan kedua 225pm.

    

After dah masuk boarding area and all the teary moment, aku menuju ke kerusi di ruang menunggu. Kebetulan, aku sama flight dengan kawan akak ipar aku, Kak Dv. She was nice! Aku tak kesorangan.  Siap berjanji nak lepak dengan Kak Dv nanti kat KLIA dan jumpa kawan-kawan aku kat KLIA2.


"Suami akak amik pukul 5pm nanti. Lagipun akak free je hari ni. Akak teman awak sampai awak boarding nanti ok?"
"Weh Iqa, tak sabar nak jumpa kau! Kitorang sampai pukul 830am kot"
"Iqa beg nanti kosongkan, nak bagi sesuatu"

Awhh. Terharu kan? Aku syukur sangat jumpa Kak Dv. Thanks kak. Kalau akak baca ni, akak cakap macam tu je pun dah cukup tenangkan hati ni. Thanks Is, Qaseh, Fash & Izyan. Aku sayang korang sangat. Maaf lagi dan lagi. 

Aku ngan Kak dv berbual dan kemudian nya dibenarkan untuk boarding. 


Perlahan, kapal itu mula dipenuhi dengan manusia2 yang punya sama tujuan dengan aku.

Disinila bermula segalanya. Satu pengumuman daripada cabin crew memecah kesunyian. Flight yang kami naiki sedang mengalami kesilapan teknikal dan pihak jurutera sedang mencari punca nya. 15 minit berlalu. Kapal yang kami naiki masih lagi belum ada tanda-tanda untuk berlepas. Macam-macam aku fikirkan waktu tu. Kemudian satu lagi pengumuman meminta kami untuk tinggalkan kapal untuk keselesaan penumpang. Hati mula rasa tak sedap. Hati mula rasa resah gelisah. Aku inform famili dan kawan-kawan 

"Korang flight aku delay".

Kasihan kawan-kawanku. Mereka menunggu aku. Siap gifts and food. Nangis. Ada yang halfday semata ingin berjumpa ku. Apa aku nak balas? Apa aku nak jawab? Serba salah membuak. Pukul 9am, kapalku masih tersadai di Senai. Kapal itu tidak tahu apa masalahku. Aku perlu menaiki kapal ini dan ke KLIA2 sekarang juga!

Masa berlalu, daripada boarding time 755am, sekarang 10am. Aku takboleh duduk diam. Aku nampak beberapa orang mengerumuni krew AA. Aku bersyukur ditemani Kak Dv. Aku tidak seorang. Aku tidak terlepas juga tanya ke krew. Sempat ke aku naik kapal seterusnya? Aku tunjukkan boarding pass aku. Salah seorang daripada krew dengan selambanya,

"Maaf cik, flight ini cuma 1 sahaja dalam sehari. Boleh kami reschedule ke esok?" 

Aku tarik nafas panjang. Speechless. 

"Takboleh encik, saya kena naik juga kapal ke HND hari ini juga"
"Saya sudah book hotel, boleh ke claim jika saya tidak dapat ke HND hari ini?"
"Tidak boleh kah kapal ini berlepas sekarang? Carilah kapal baru gantikan yang ini"

Ewah, cakap senang Haziqah kan. Tapi itulah. Cuba duduk kat tempat aku. Tengok.

Krew pun tiada jawapan. Tapi telah di email details untuk flight dan luggage aku. Aku pening. Air mata yang ditahan tadi tidak semena keluar berjujuran. Dengan hati berat hati aku inform sekali lagi famili dan kawan-kawan. Famili semua risau, lagilah insan bernama suami. Marah nya dia, marah lagi aku rasa. Seperti tertipu. Buat kawan-kawan, tiada kata untuk mereka. Selain maaf yang ku pinta. 

"Maaf korang, maaf sangat-sangat"


Pukul 11am, kami di beritahu, flight kami di rescheduled pada pukul 1pm. Terbeliak mata aku. Boarding aku untuk flight ke Jepun pukul 125pm dan flight aku ke KLIA2 pukul 1pm??? Kaki yang mula aku lunjurkan, aku bangkit semula menuju ke krew. Kak Dv pun membontoti aku. Seperti PA. Teman yang baik kala aku kesorangan. Berkerut aku, berkerut juga lah Kak Dv.

"Cik, sempat ke saya naik flight ini cik. Saya betul-betul kena naik hari ini juga" 
"Aah cik, tolong tengokkan dia ada next flight kena naik ni" Kak Dv tambah.

Budak kecil pun boleh tahu resah gelisah aku waktu tu. Dengan tenang, krew membalas pertanyaanku. Kali ini ada jawapannya,

"Begini cik, flight cik bukanlah connecting flight, tapi cik boleh naik flight ini tetapi terpaksa meninggalkan luggage cik di KLIA2. Kalau cik claim luggage, cik tidak akan sempat untuk naik flight seterusnya" 

Pening berbaki. Tapi idea dia boleh guna-pakai. Dia sambung,

"Setibanya cik di KLIA2, cik terus ke international boarding dan menuju ke kapal cik. Luggage pula, cik perlu report di Haneda Airport dan memberitahu pihak mereka bahawa cik terpaksa tinggalkan luggage untuk menaiki flight ke Jepun dan luggage akan dipos ke sana, esok hari. Bagaimana cik?"

Panjang lebar penjelasan nya. Aku dengar satu-satu. Aku rasa cuma itu sahaja caranya. Aku kira, ini bukan hari ku. Aku turuti. Suami juga ada bercakap dengan krew tersebut. 

Siap beri amaran,

"Jangan sampai wife saya sampai KLIA2 dan flight tiada"

Selamba. 

"Kami tidak boleh janji cik. Kami telah inform pihak KLIA2 untuk delay flight sementara menanti isteri cik. Tapi mereka cuma boleh tunggu 30min. Isteri encik perlu sampai ke kapal tepat pada masanya.". 

Dalam kepala. Lari.

825am
1101am
Dua-dua flight diatas ini delay. Tapi mengejutkan, flight pukul 1101am akan boarding dulu pada pukul 1250pm. Lagi sekali aku speechless. Sudahlah flight aku delay selama mungkin, kali ini flight aku sepatutnya yang boarding dulu, diberi kepada next flight pula. Marah. Geram. Krew aku terjah lagi, meminta supaya aku di beri naik flight itu. Gelengngannya tidak langsung membantu. Kehulur hilir aku keresahan. 

Oh mereka ada beri kami refreshment. Tapi aku tidak lalu makan. Hanya tekak terasa kering, ku basahkan dengan air mineral. Mak Abah, dan mertuaku tidak putus menelefon. Risaunya mereka. Aku beritahu semua. Terpaksa pula tenangkan mereka. 

105pm. Isi manusia di dalam kapal juga makan masa. 125pm flight aku berlepas. Tak putus-putus doa.

"Cepatlah sampai, cepatlah sampai. Cepat sampai. Dengan selamat" Minta didoakan semua.
"Maaf korang, aku terpaksa lari. Aku tak sempat nak jumpa korang" Minta dimaafkan kawan-kawan.


Inilah gift yang kawan baik aku nak bagi, tapi tak dapat aku nak pegang, tengok dan rasa. Tapi ketahuilah korang aku hargai sangat segala effort korang. Effort korang memang AAAAA! Love you all! Sumpah sayang.

Berlepas je kapal aku. Air mata sekali lagi berjujuran. Sebab? Ntahlah. Aku rasa seperti sakit menahan segala rasa. Bila nangis mungkin akan mereda. Sebelah aku, seorang lelaki India. Tiba-tiba menegur,

"Eh kau menangis ke?"
"Sorry-sorry. Tak dapat tahan. Aku tersangat geram tadi. Aku ada next flight. Tak tahu sempat ke tidak naik nanti" Panjang aku balas.
"Ke mana. Kau jangan nangis dah. Aku pun terlepas court meeting (aku kurang dengar dia cakap apa sebab slang dia). Terpaksa aku tunda ke hari lain. Bukan kau sahaja yang sedih. Aku pun sama."
"Aku nak ke Jepun, jumpa suami."
"Kau ada luggage ke? Kalau tiada aku ada laluan cepat ke international boarding. Aku boleh bawakan kau. Aku free petang ni"
"Aku ada luggage, tapi aku tinggalkan di KLIA2. Itu sahaja caranya" Aku cerita sedikit idea krew AA tadi.
"Baiklah. Aku bawa kau nanti"
"Tapi aku rasa kita kena berlari"
"Tidak apa, aku akan lari dengan kau"
"Terima kasih sangat2"
"Sama2. Masa ni kau susah aku tolong, nanti aku susah orang lain tolong aku"
"Aku doakan kau! Terima kasih lagi." Senyuman aku terukir. Tak manis, tapi lega.


Alhamdulillah. Aku jumpa insan-insan baik ni semua hari ini. Aku syukur ya Allah. Out of nowhere, totally stranger to me, begitu baiknya nak tolong aku bawa ke international departure. Stranger, nak tolong teman aku kat KLIA2. Aku tak jumpa kat mana-mana. Dan aku jumpa mereka di hari malangku untuk membawa ketenangan bagiku.

Aku mesej Kak Dv, 

"Kak kita kena lari bila sampai ni. Abg sebelah nak tunjukkan arah ke departure international. Terima kasih teman tau, nanti ada jodoh kita jumpa lagi. Keep in touch ok"

2pm. Aku sampai KLIA2. Bye luggage. Ada jodoh kita jumpa.


Korang rasa sempat ke aku naik next flight? Kapal aku mendarat je, punggung aku dah tak jejak kerusi. Ingin sahaja bangun terus ke pintu. Kemudian pintu kapal terbuka, kami dibenarkan keluar. Aku dengan Hero (Aku ada tanya nama dia, tapi kalut, oksigen tak cukup kat otak, nama dia ku biarkan berlalu ibarat angin. Jadi Hero ini ibarat insan yang membantuku) berlari keluar daripada kapal. Macam filem hindustan.

Berlari di hallway, berlari di eskalator, turun eskalator, naik eskalator. Pandang kiri, pandang kanan. Lihat board. "Ok. Flight kau gate P8." Weh even aku pun lupa nak tengok aku gate berapa since boarding pass aku tak complete sebab takde number gate. Kemudiannya, kami sampai di international departure, yang ada kastam. Situ kaunter yang buka cuma satu. Hero, jika kau baca ini, aku nak ucapkan terima kasih banyak2. Pertolongan kau ni besar sangat! Sebab aku memang tak tahu selok belok KLIA2. 

Terima kasih banyak-banyak. Tak terbalas peluh kau lari dengan aku. "Terima kasih tauuuuuu." Jerit.

Mengah-mengah di kaunter. Abg kastam berkerut tanya,

"Kau kenapa bah, lambat bah"
"Flight. ha...saya.... ha...delay...ha.. sebab...tu.. haa.. saya.. ha... lambat...haa" Panjang keluhan.
"Cepat bah, kapal kau mahu sudah berlepas bah"
"Terima kasih" Sambung marathon.

Di bahagian scan badan.

"Maaf cik, boleh saya terus ke gate? Saya sudah lambat untuk naik kapal" Sambil tunjuk boarding pass
"Maaf cik, sila letak beg di dalam bakul. Jika pakai belt sila buka"
Arghhhh dalam hati. Itu prosedur Haziqah. Sabar sikit lagi.

Lepas je daripada scan. Sambung lari. Aku tak terfikir kena lari hari tu. Kalau korang tau gate P8 tu 1km atau lebih daripada tempat scan tu, mesti korang sumpah seranah macam aku. Tapi aku sempat istigfar dan doa minta-minta flight aku masih ada. Jam pukul 220pm. Yes, kapal aku sepatutnya berlepas 225pm. Asalnya. 

Sampai gate. Mengah lagi. Nafas ku pendek-pendek. Sampai kaunter aku pass boarding pass dan passport. Jenguk kat pintu. Alhamdulillah masih ada rangka kapal aku disitu. Syukur ya ALLAH. Abang-abang disitu sempat mengusik. 

"Haa datang lambat lagi. Jauh berlari"
"Kenapa lambat ni"
Abang kaunter.
"Flight. ha...saya.... ha...delay...ha"
"Ok-ok masuk cepat"

Kapal ku menungguku! Alhamdulillah. Walaupun terpaksa tinggalkan luggage kat KLIA2, apa yang penting aku dapat naik kapal ke Jepun. Untung saja aku bawa bag pack dan pakaianku semua di dalam beg belakang. Luggage cuma terisinya makanan. Beratur. Aku paling belakang. Aku paling akhir. Kapal tunggu aku. 

Duduk. Lega. 242pm kapal berlepas. Tanpa luggage aku.



1050pm. Haneda Airport. 
Sampai-sampai terus ke kaunter AirAsia report pasal luggage. Syukur nya sistem kat Jepun sangat lah efektif. Kau takkan jumpa sistem sebegini efektif di mana-mana. Urusan luggage dah selesai. Katanya akan ada call daripada pihak AA dan mereka akan uruskan segalanya. Kami cuma perlu tunggu luggage sampai di rumah. Depan pintu.

Call jika perlu. Katanya.


Kalau tidak terbang 29 Sept. Tidaklah dapat ke sini. Suami buat suprise. Terima kasih semua. Syukur.

  


#MariBersyukur 
Alhamdulillah untuk semuanya.
Till next post,

Haziqah di bumi matahari terbit.

Comments

Post a Comment